Now, is it Bahasa Melayu or Bahasa Malaysia still? Dewan Bahasa can never make up their minds. Anyway...
Terasa diriku begitu gelojoh sekali tatkala aku menyuap makaroni keju yang kumasak lebih untuk adikku ke dalam mulutku. "Ngap!" Betapa seleranya aku menikmati makanan tersebut di depan TV walaupun sebenarnya aku telah mentekedarah semangkuk mee Maggi dua jam sebelum itu.
Lantas selepas kuhabiskan makaroni itu sehingga licin, aku berfikir sejenak. Lebih kurang sepanjang minggu lalu aku memang kerap menikmati makanan secara berlebihan. Setiap dua atau tiga jam aku mendapati diriku berjalan balik ke dapur lalu menguis serta membelek makanan atau snek yang terdapat di dalam peti sejuk mamaku. Dengan itu, mulalah aku menerkam apa sahaja yang tampak menarik untuk dijamah; coklat, roti, dan sebagainya. Beberapa minit kemudian semestinya aku akan berasa amat bersalah sekali dan nekad untuk tidak melantak lagi keesokan hari. Walaubagaimanapun, perkara yang sama berulang juga. Aku hanya mampu mengeluh setelah melakukan 'kesalahan' ini.
Akhirnya aku telah membuat satu perjanjian dengan diriku sendiri. Selepas Hari Raya ketiga, aku akan mula berdiet! Aku akan memulakan pemakanan yang sihat dan juga beriadah! Ya, agak sukar untuk anda semua membayangkan fenomena ini tetapi aku tetap akan melaksanakannya! Aku bebas melakukan apa sahaja! Dengan ini, kutukan dan kritikan anda tidak akan dilayan sama sekali.
Sekian, terima kasih.
Again, I surprise myself. Oh wow. XD
No comments:
Post a Comment